Monday, August 15, 2011

Jika Diberikan Ku Satu Peluang


Jika diberikan ku satu peluang
Apa yang aku impikan
Pulihkan segala kesilapan
Jika diberikan ku satu peluang
Kembali ke masa silam
Kan ku pilih tarikh kita dulu

Bagai dijanjikan
Pertemuan singkat waktu itu
Bagai dituliskan
Kesetiaanmu

Pernah dulu ku sebutkannya
Pernah dulu ku ingkarinya
Bukan bermaksud
Melukakan hatimu
Ku lakukannya untuk kita
Ku lakukannya demi cinta
Bukan bermaksud
Lyrics www.allthelyrics.com/lyrics/pretty_ugly/
Maafkan diriku

Jika diberikan ku satu peluang
Apa yang aku impikan
Diriku dirimu dulu
Jika diberikan ku satu peluang
Tembusi masa depanku
Kan ku suluh tiga tahun dari situ

Saatnya terhenti
Seketika kau terima lafaznya
Saatnya ku nanti
Dikau bahagia
 *credits to Pretty Ugly sebab bawak lagu yang penuh Bermakna ni.  Lagu ni, memberi banyak makna pade aku, sebab? sebabnya, aku dah banyak screwed up terhadap family, my love ones, towards myself... aku bersyukur, aku masih deberi peluang, peluang untuk belajar, mencintainya semula, peluang untuk hidup!  Aku berharap, aku tidak lagi akan sia2kan peluang yang telah diberikan ramai manusia kepada aku.

PEACE///

Tuesday, April 26, 2011

Senyap...Sunyi...


           Dah nak dekat pukul 4, mata aku still tak boleh lelap. Sejak akhir2 ni macam ni lah keadaan aku. Kadang2 runsing jugak.  Yelah, org bangun, kita baru nak tidur.  Tak tau la, dah tunggang terbalik dah putaran hidup aku. Apa lah agaknya AZB tengah buat ye? Mungkin tengah lena diulit mimpi. Untunglah, dah balik rumah. Aku sentiasa berdoa agar dia dalam keadaan selamat, happy, dan sentiasa diberkati.  Aku sayang sangat kat dia.  

          Hurm..kampus ni dah makin sunyi, sepi.. ramai yang dah balik (pra dip.). Tak berapa meriah macam selalu la. Entah kenapa rindu pulak dengan hiruk pikuk bunyi2 bising. Lau bising sangat sakit kepala pulak! haha.  Tapi walau macamana pun, keadaan sunyi ni la yang buat aku suka kat kampus ni. Nak banding dengan Kampus Perak, macam langit dengan bumi. Kalau kat sana, takde maknenye la. Pukuk 3-4 pagi.macam baru pukul 9 malam. Giler..haha..lain tempat lain care la kan? 

         Lagi pasal sunyi, hidup aku sentiasa diselubungi kesunyian. Sejak kecik, aku ni macam kurang nak menyerlah kalau di kalangan kengkawan. Kadang jadik bahan je . Sucks betul.  Kawan yang boleh aku buat betul2 kawan lah, boleh kire dengan jari.  Kadang2 sedih gak, chor... jelous gak, tgk orang lain. Apa boleh buat? mungkin da memang style aku macam ni. Nak kata memilih kawan, entah lah.. Ayah selalu cakap, nak berkawan, PILIH yang betul2. Bukan semua orang yang kita anggap kawan tu betul2 nak berkawan dengan kita. Betul lah tu.. Aku banyak hanyut sebelum ni pun sebab tak memilih kawan.. Last2 ape jadik? LU pikir la sendiri kan. Aku mungkin tak gempak or happening macam orang lain, so tak ramai le yang sudi nak jadik salah sorang dalam friend list aku. Tapi syukur lah, kat sini ramai yang sudi nak terima aku. Kadang2 terharu gak...


 TERIMA KASIH PADA SEMUA KAWAN!!! 
disebabkan anda, kesunyian aku ni terhakis sikit demi sikit.. :)


LOVE & PEACE


Bo

Malam Giler & pencarian NORAINI NAQIAH

Terjerit, terlolong, memekik2.. hhahaha.. mmg giler mlm ni, aku pon taktau kenape aku mlm ni.. hahaha... pas tu buat keje lagi giler, gi record apebende yg dibuat.. haih .tekanan btul . mkin da nak habis semester , mkin menjadik2 lak.. tolak tepi semua tu .. aku skang tgh dlm pencarian, mencari seorang kawan lame.. dulu  stat darjah satu, sampai le darjah 3 or 4 gitu.. masih same2 naik van g skolah sesame... name die Noraini Naqiah.. yg tak boleh belahnye, bnyak persamaan kitowang.. ayah kami same2 kawan (polis), and kebetulan pulak tahi lalat kami same , yakni terletak kat atas mulut ..hahah..mcmne tu ? kuasa tuhan kan ? start darjah 4, kitowang trus pindah kelas lenlain, and dah susah nk sembang sesame.. mkin renggang sampai le skang aku tak tau ape cerita ngn die ...so lau ade peluang, nk le jumpe die lagi, mesti bnyak cerita nak disembangkan..huhu...
    nothing musch I can say tonight, kepala tak berapa nak betul le..haha.. hampir terlupe, PERAK BANTAI K.L 5-2 WEYH!! gumbira le rakyat perak malam ni .. wohooo!! semoga pasukan Perak mkin maju musim ni .. Kay la eah.. wA chow dlu..
assalamualaikum///


Bo...

Oh Kome!



     Kepada sesiapa yang bergelar Rakyat Negeri Perak, sama ada yang masih tinggal di Perak atau merantau ke tanah orang, masih ingatkah anda pada lagu Negeri Perak yang menjadi kebanggaan kita? Mungkin ada yang sudah terlupa, maka sama-samalah kita hayati bait-bait lirik lagu ini:

"DILANJUTKAN, ALLAH USIANYA SULTAN 
ADIL DAN MURAH, MEMERINTAH WATAN
DITAATI RAKYAT, KIRI DAN KANAN 
IMAN YANG SOLEH, ALLAH KURNIAKAN 
ALLAH BERKATI, PERAK RIDZUAN 
ALLAH SELAMATKAN, NEGERI DAN SULTAN. "

Terfikir Sejenak

         Dalam tiap2 komuniti manusia, walau sekecik rakan sebilik, mesti takkan sama pe'el atau perangai memasing.  Dalam tiap2 perangai tu, tak dinafikan la, mesti ade yg menyakitkan hati, jiwa dan raga.  Tak kurang gak yg main politik and berpuak2. Deyy! come on le, kita dah besor le , pejadah nk wat perangai mcm tu.. Ade sorang 'teman' ni. Gaya mule2 mcm boleh diharap, konon matang sgt. Ape jadik ? pasal die group aku lambat hnto report, & memacam la. Group mate aku sampai sakit2 semate2 nak cover keje die.. PEJADAHNYA? tolong arr, lau kau tak baik pon , jgn susahkan org.(teman menulis ni pun untuk ingatkan diri teman yg bnyak khilaf ni ...) 

       Ni teman nak ceghita lak pasal perihal menghormati org lain.  Yang buat teman berbulu, bila ada hamba2 Allah yg tak paham bahasa lau kate dah bilik org tu,kite buat lah mcm bilik org.  Apehal doe nk memekak pepagi. Org nak tido kot! Aku pun bkn le baik sgt orgnye, bnyk jugak buat silap, tapi jage le hati org walau sikit. bab lain aku leh kire arr kan.  Astaghfirullahala'zim... kepada sedar yg terbaca hasil post teman ni, n terasa.. anggap le ni teguran aku. Aku malas nk buat scene doe. Cukup arr aku tertumbuk tangga katil aku pagi2 buta hari tu.. bkn aku je yg berbulu ngn perangai kau..Ramai kot.. Lau kau ubh sikit je pangai kau tu.. sikit je la.. TOLONG LA kan.. jgn main suke2 nak order, padahal dah gitau dah mane tempatnye. Nak itu order , nk ini order. Sekali sekala takpe. Lau dah kerap menyampah jugak, dah tau mane letaknye bnda tu, ambik je le ..en..en..en.. so ambik arr 5 minit ke hape ... suke hati kau le .. fikirkan ape aku tulis ni.. tu pun lau kau terbaca wahai saudara..

        Nak diingatkan , teman pon bukan baik sagt, sorry la ek lau tersakit hati lak.. so kalau rase teman poyo dok tulis2 ni, just confront me. takde masalah.  MYbe thats all for now.. to all OM114, AT110 & CS110 students , hope you all have a flying colours result! SELAMAT MENEMPUH BAKI2 PEPERIKSAAN KOME! SAY NO TO REPEAT !!!

(p/s: Mohon maaf atas segala kesalahan yg teman dah buat sepanjang semester ni, terutama pada Along, Ipan, Ja'ar, Wan & semua yg tak disebut..)

ASSALAMUALAIKUM///


Bo

Monday, April 25, 2011

Pagi di UiTM Pahang

     

       Semalaman aku tak boleh tidur.  Entah apa yang aku fikirkan, aku pun tak tahu.  Pelik, mata ni tak mahu terpejam, si Wan dah lame ngorok tu, padahal, dia lagi banyak tidur dari aku.  Ya Allah, kenapa lah dengan hambamu ini.  AZB balik rumah dia pagi ini.  Doa aku, agar dia sentiasa dalam lindungan Illahi.  Tak pernah terlupa walau sehari pun aku doakannya.  Aku pula, macam ini saja lah.  Macam tak ada banyak perubahan .  Duit tak pernahnya bertambah,  mesti akan ad hari yang aku takkan isi ape-ape dalam perut ni, selain angin dan air.. hahahaha, dah macam temapat pam kat stesen  minyak pulak.  Mungkin dari segi pembelajaran aku lah kan, dulu aku ambil Art, sekarang masuk bahagian Management.  Memang macam langit dengan bumi lah.  Aku berdoa, semoga apa yang jadik, setiap kegagalan lepas menjadi titik perubahan untuk aku.  Damai betul aku tengok pagi ni.  Tersenyum aku keseorangan.  : ) 
     Apa agaknya akan berlaku semester depan ya?  tak tahu lah.. tak terfikir buat masa sekarang ni.lagi berapa hari saja aku akan berangkat pulang ke Shah Alam.  Sedih jugak (sikit la...) nak tinggalkan kampus ni.  HUAAAAARGH! nampaknya, sekejap lagi, giliran aku pulak la yang akan terlelap... come on Anept!!! tolonglah tidur....

Love & Peace

Bo///

Aku & GAYONG

ASSALAMUALAIKUM///


Aku adalah anak GAYONG, yang bersumpah setia untuk sentiasa bersama GAYONG walau apa pun yang terjadi.  Tapi, ke mana semangat aku pergi? Hurm.. aku takde jawapan tu.. Malu dengan kawan2 yang makin maju dalam pelajaran GAYONG. Tapi aku, masih ditakuk lama.  Aku rindukan zaman2 aku aktif bersilat mase kat Seri Iskandar. Rindukan Guru2 yang mengajar aku. Adik beradik sepasukan yang same2 walau ape pun yang terjadik.. Rindu aku pade zaman2 tu. Aku tak boleh patah balik masa. Yang aku perlu buat sekarang, teruskan kehidupan, & sesuaikan diri dengan kehidupan baru.  Kenapa? kita takkan ke mana kalau asek mengenang kisah leaps tanpa baut sesuatu .. kenangan tinggal kenangan. Yang buruk Jadikkan teladan. Hurm.. cukuplah monologue aku setakat ni..


assalamualaikum///


Love & PEace


Bo